Monday, April 27, 2009

Lima negeri tiada beras ST15


SEORANG pekedai, Adam Kudus menunjukkan beras gred lain sentiasa ada tetapi stok ST15 gagal diperoleh lagi di Johor Bahru.



KERTAN Kosmo! 21 April.


JOHOR BAHRU - Selepas Perlis, Kedah, Pahang dan Lembah Klang, kini Johor pula dilanda masalah kekurangan bekalan beras Super Tempatan (ST) 15 peratus hancur.

Beras berharga RM17.50-RM18 bagi kampit 10 kilogram itu didakwa sudah tiada di pasaran sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Kosmo! di beberapa kedai runcit mendapati hanya beras ST 10 peratus hancur dan ST lima peratus hancur dijual.

Pemilik Kedai Runcit Serantau, Rana Altab, 27, berkata, stok bekalan beras 15 peratus hancur tidak diperoleh sejak dua minggu lalu berikutan pembekal memberi alasan tiada stok.

Katanya, pesanan telah dibuat beberapa kali tetapi bekalan beras gred itu tetap tidak sampai.

"Berat ST 15 mendapat sambutan pelanggan terutama para peniaga. Biasanya dalam tempoh seminggu, kami boleh menjual antara 20 hingga 30 kampit,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: