Saturday, April 18, 2009

Laskar Pelangi ke Australia




TIDAK hanya fenomena di Indonesia, Laskar Pelangi dianggap sedang mencipta satu lagi sejarah apabila peminatnya mula menular sehingga ke Australia.

Baru-baru ini, filem itu di tayangkan di depan ratusan warga Australia di Pawagam Darwin, Brisbane. Bukan itu sahaja, penjualan kaset serta CD runut bunyi filem itu juga diserbu para penonton yang masih tidak puas menyaksikan filem berkenaan.

Hadir sama pada majlis tayangan itu adalah penulis novel Laskar Pelangi sendiri, Andrea Hirata dan aktres Cut Mini, salah seorang pelakon filem berkenaan.

"Selesai tayangan, filem itu mendapat tepukan sangat gemuruh. Saya memanggil Andrea dan Cut Mini ke pentas dan Andrea kemudiannya menceritakan bahawa Laskar Pelangi ada kaitan dengan kisah hidupnya," beritahu Setiausaha II Kedutaan Indonesia di Darwin, Arvinanto Soeriaatmadja.

Laskar Pelangi ditayangkan di sana atas usaha Kedutaan Indonesia untuk menimbulkan semangat cintakan negara di kalangan para pensyarah, mahasiswa, golongan akademik warga Indonesia yang sedang berada di Darwin.

Dilaporkan bahawa guru-guru dari sejumlah sekolah yang diundang seperti Darwin High School dan Middle School, Kormilda College serta Sekolah St. John membeli kaset CD filem Laskar Pelangi untuk dijadikan alat bahan belajar dan mengajar bahasa Indonesia di sana.

Selain di Darwin, filem Laskar Pelangi juga akan ditayangkan di enam kota utama Australia iaitu Brisbane, Sydney, Canberra, Adelaide, Melbourne dan Perth bermula hari ini sehingga 26 April depan.

Filem hebat itu telah ditonton lebih empat juta orang, termasuk Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sendiri. Diangkat daripada novel pertama tulisan Andrea Hirata ia mengisahkan kegigihan anak-anak miskin di Belitong untuk mendapatkan pendidikan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: