Friday, April 24, 2009

Kajol dan Karan Johar selisih faham

Kajol gagal memenuhi perjanjian

KAJOL dan pengarah Karan Johar khabarnya berselisih faham tentang jadual shooting filem 'My Name Is Khan'.

Filem yang turut dibintangi oleh pelakon hebat Shah Rukh Khan itu sepatutnya diteruskan pengambaran di Amerika tetapi disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, ianya tertunda.

Kini setelah Karan Johar bersiap sedia untuk meneruskan pengambaran di New York, Kajol pula enggan meneruskan kerana tidak mahu meninggalkan anaknya Nysa. Kebetulan pula Nysa sudah memulakan persekolahannya.

Masalah yang dihadapi oleh Kajol dan karan ini nampaknya akan melambatkan lagi proses pengambaran. Dan ini tentu saja akan membuat pelakon Shah Rukh Khan juga kecewa dengan sikap Kajol.

Sebelum ini, ketika diberitahu tentang jadual pengambaran akan diadakan di New York, Kajol khabarnya tidak keberatan. Tetapi bila sampai waktunya, dia berubah hati pula.

Seorang kenalan Karan berkata, "Karan tidak sangka yang kajol boleh bersikap begitu. Dia benar-benar kecewa bila dapat tahu Kajol berubah hati.

"Kajol hanya mahu menghabiskan pengambaran di Mumbai saja. Manakala Karan pula seperti yang semua orang maklum, tidak akan berkompromi," jelas kawan Karan itu.

Masalah yang semakin rumit ini tidak mungkin dapat diselesaikan sekiranya kedua-duanya tetap berdegil. Malak SRK sendiripun tidak mampu mencari jalan tengah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: