|
|
DIA bukan sahaja obses dengan motosikal, tetapi turut membuktikan betapa dia seorang yang prihatin dengan alam semula jadi.
Bekerjasama dengan aktivis alam sekitar, Mike Pandey, pelakon John Abraham dilaporkan bercadang mahu membeli hutan di kawasan berhampiran sempadan negeri Maharashtra dan Karnataka di India.
Ia bermatlamat untuk dijadikan sebagai tempat bagi memulihara spesies gajah yang semakin diancam kepupusan.
John baru-baru ini telah mengadakan perbincangan dengan menteri perhutanan India, Babanrao Pachpute bagi memberi kebenaran untuknya membeli kawasan hutan demi merealisasikan rancangannya itu.
"Biarpun saya sudah mendapat kebenaran kerajaan negeri, saya masih lagi dalam pencarian untuk memilih lokasi hutan yang paling sesuai. Saya memandang serius isu kepupusan spesies gajah di India impak daripada pembangunan," ujarnya kepada IANS.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: