Monday, April 27, 2009

Jennifer Lopez anggap anak perempuannya diva

PENYANYI dan pelakon terkenal, Jennifer Lopez berkata, anak perempuannya, Emme akan mengikut jejak langkahnya menceburi dunia hiburan kerana mewarisi tingkah laku divanya itu.

Emme dan pasangan kembarnya, Max menyambut hari jadi mereka yang pertama pada Februari lalu.

Jennifer Lopez dan suaminya, Marc Anthony.

Menurut laporan, suami Lopez, Marc Anthony menyedari kedua-dua Jennifer dan Emme memiliki banyak ciri-ciri persamaan.

"Kami menggelarkan Emme-tude kerana kami saling menyerupai, `Dia (Emme) memberikan kami Emme-tude sekarang," kata Lopez.

"Dia mewarisinya daripada ayahnya. Saya hanya berjenaka - Emme mewarisi daripada saya," tambahnya.

Namun, Lopex menekankan, Max lebih menyerupai ibunya sambil menambah: "Saya dan Marc kerap `bertengkar' mempertahankan Max mewarisi kepala saya sementara Max mewakili mulut saya."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: