Wednesday, April 8, 2009

Isteri kedua Raisuddin Hamzah didenda RM1,000


Siti Fatimah



Raisuddin


KUALA LUMPUR - Isteri kedua penyanyi dan pelakon 1980-an, Raisuddin Hamzah didenda RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam setelah mengaku bersalah berkahwin tanpa kebenaran di Songkhla, Thailand, dua tahun lalu.

Siti Fatimah Suberi, 22, disabitkan kesalahan itu di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-undang Syariah Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.

Beliau yang tidak bekerja didakwa berkahwin tanpa kebenaran dengan Raisuddin, 52, di Kampung Bana, Songkhla Thailand pada 2 Januari 2007 pukul 12.30 tengah hari.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Siti Norhashimah Jamhari.

Siti Fatimah yang hadir ditemani Raisuddin turut mengakui fakta kes yang dibacakan terhadapnya. Raisuddin bagaimanapun akan menghadapi pertuduhan yang sama pada tarikh lain.

Pada 5 Februari lalu, mahkamah sama menolak permohonan Raisuddin untuk mengesahkan perkahwinannya dengan Siti Fatimah di selatan Thailand.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: