Thursday, April 2, 2009

Hanya satu sentuhan jari

Pengguna pasti berpuas hati dengan keseimbangan aspek profesional dan hiburan yang diperoleh menerusi gajet ini.


MENAMPILKAN skrin rumah berasaskan ikon yang boleh disuai padan.


MOTOSURF A3100 adalah telefon pintar 3G yang lebih intuitif. Ia membolehkan akses maklumat yang lebih mudah dan boleh terus berhubung menerusi perkhidmatan Internet. Semuanya mudah dengan hanya satu sentuhan jari.

Menawarkan kadar kepantasan yang tinggi, pengguna pasti berpuas hati dengan keseimbangan aspek profesional dan hiburan yang diperoleh menerusi gajet ini. Dengan itu, pengurusan kehidupan sosial dan profesional anda bertambah mudah apabila menggunakan MOTOSURF A3100.

Pengguna juga boleh memilih untuk menjadikan ikon-ikon pada skrin bersifat peribadi, mengikut keperluan masing-masing. Sama ada untuk mendapatkan perkembangan terkini tentang cuaca tempatan, berita, e-mel peribadi dan profesional atau sekadar mengirimkan mesej.

MOTOSURF A3100 direka sebagai sebuah telefon pintar sosial yang sebenar. Ia sesuai dan amat sempurna untuk mereka yang sentiasa ingin mengetahui perkembangan terkini orang tersayang, baik dari aspek peribadi atau profesional.


MOTOSURF A3100 ini boleh diperoleh pada harga RM1,999 seunit.





Ciri-ciri utama

* Sentuhan

Untuk melayari maklumat dalam gajet ini, hanya satu sentuhan jari diperlukan. Jika tidak, gunakan sahaja omni-directional trackball untuk berbuat demikian. Pad kekunci digital pula membantu anda berkomunikasi secara pantas dan mudah.

* Mengawal

Dengan platform Windows Mobile 6.1 Professional, pengguna boleh mengakses dengan lebih pantas dan mudah. Sama ada akses ke e-mel korporat atau peribadi, memperoleh dokumen dan melayari Internet Explorer/Opera, ia seolah-olah kita menggunakan sebuah komputer. Tidak lupa juga dengan kemudahan konferens video dan sistem pengesanan global (GPS) yang turut dilengkapi dalam gajet ini.

* Lebih pantas

MOTOSURF A3100 menawarkan kadar kepantasan 3G yang lebih tinggi menerusi kemudahan Wi-Fi dan sistem HSDPA dan HSUPA. Ia membolehkan pemindahan data yang lebih pantas dan ringkas.

Dengan skrin rumah berasaskan ikon yang boleh disuai padan, anda boleh sentiasa memperoleh perkembangan terkini tentang keadaan cuaca, e-mel, berita dan acara-acara kalendar.

* Paparan yang cantik

Didatangkan dengan paparan sentuh penuh seluas 2.8 inci, anda boleh mengakses sebarang maklumat atau perbualan hanya dengan satu sentuhan.

* Pelbagai media

Anda boleh menetapkan tempo muzik menerusi aplikasi Pemain Windows Media. Sama ada untuk memindahkan muzik, video atau imej dari komputer peribadi, semuanya tidak menjadi masalah. Jika suka tontonan video, anda boleh berbuat demikian dengan YouTube pada bila-bila masa yang anda suka.

Selain itu, Motorola Malaysia juga menawarkan dua aplikasi tambahan iaitu SongID dan ShoZu kepada semua pemilik MOTOSURF A3100. SongID adalah aplikasi yang dapat mengesan dan memaparkan maklumat bunyi. ShoZu pula membolehkan anda berkongsi gambar-gambar yang dirakamkan oleh telefon bimbit dengan 50 rangkaian sosial pilihan anda.

*** MOTOSURF A3100 boleh diperoleh pada harga RM1,999 di semua rangkaian telefon bimbit di Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan ciri-ciri produk, sila layari www.motorola.com/ my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: