NABIL peluk kekasihnya Irma, tetapi dia sudah minta maaf. Farah Asyikin dikatakan tampil seksi dengan memakai gaun atas lutut ketika membuat persembahan... dia juga sudah mohon maaf. Bagus... tapi ada Gayah kisah? |
Hello... Gayah bukan main ‘semberono’ saja hentam orang tau. Mungkin ada yang hairan kenapa Gayah tidak bercakap mengenai mereka, tetapi Gayah nak cakap apa lagi?
Mereka awal-awal lagi sedar dengan apa yang dilakukan dan pantas meminta maaf. Lainlah jika mereka bersikap ‘plastik’ dan berat mulut untuk minta maaf. Itu memang Gayah dan kawan mesyuarat tingkap tak boleh terima.
Bagaimanapun, Gayah tetap nak berpesan supaya jangan lagi buat begitu sebab nanti masyarakat anggap ia trend baru artis. Al-maklumlah, sebelum ini kan sudah ada yang ‘berpeluk-peluk’ sehingga menjadi isu.
Buat golongan artis, Gayah harap kalau buat silap, mengakulah. Berkata benar walaupun pahit untuk ditelan.
Gayah bukan apa. Ikutkan hati, Gayah dah buang jauh-jauh ingatan terhadap dua artis ini, tetapi entah bagaimana Markonah Tonggek tunjuk gambar mereka yang dikatakan tersebar ketika ini.
Hmmm... memang sudah terang lagi bersuluh. Ini yang membuatkan Gayah dan kawan mesyuarat tingkap tak boleh terima. Gayah yakin masyarakat di luar sana juga tidak boleh terima.
Satu demi satu kebenaran terbongkar, tetapi mereka masih berdusta. Entah bila pulak mereka nak mengaku yang mereka memang ada hubungan yang sangat istimewa.
Gayah harap sangat mereka mengaku. Kalau korang mengaku, Gayah tidak akan bercakap mengenai korang lagi. Begitu juga kawan mesyuarat tingkap, malah kami doakan yang terbaik untuk korang.
Aduh!!! Gayah kena urut dada jika cerita pasal mereka. Cukuplah sampai di sini. Sebak... sendu... sentap... semuanya bersarang di jiwa Gayah ketika ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: