|
|
ZAC EFRON mencipta nama dengan melakonkan watak remaja yang berimej bersih menerusi tiga siri produksi High School Musical, namun dia kini mahu membuang imej tersebut.
Bagi mencapai matlamatnya itu Zac yang kini berusia 21 tahun menerima tawaran melakonkan watak yang lebih hitam seperti filem terbarunya, 17 Again.
Menerusi filem itu yang menyaksikan watak lakonannya cuba menggoda wanita yang lebih tua berbanding usianya, Zac muncul tanpa baju.
Menurutnya, ketika dia remaja, tidak ramai gadis tertarik kepadanya. "Dulu saya minat dengan ramai gadis, tetapi mereka tidak berminat dengan saya.
"Tetapi dalam filem 17 Again, saya mendapat apa yang saya mahukan ketika saya berusia 17 tahun dulu,"katanya kepada News of The World.
Filem itu telah menimbulkan kontroversi di United Kingdom apabila badan penapis filem negara itu telah klasifikasikannya sebagai untuk tontonan 12 tahun ke atas sahaja.
"Adegan berbaur seks dalam 17 Again agak melampau untuknya dikategorikan sebagai filem tontonan umum," ujar satu sumber yang mewajarkan tindakan berkenaan dibuat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: