AKTRES seksi, Michelle Rodriguez meluahkan rasa bengang apabila kesemua watak-watak lakonannya dalam filem yang ditayangkan sepanjang tahun ini dimatikan di akhir cerita.
Ia termasuklah watak Letty menerusi filem terbaru lakonannya, Fast & Furious. Sebelum ini, dia pernah muncul menerusi 25 episod siri TV Lost dan watak lakonannya dalam siri itu, Ana-Lucia Cortez juga akhirnya dimatikan.
Michelle, 30, mengakui dia bersuara bagi mencari keadilan terhadap pelakon-pelakon wanita di Hollywood.
"Setiap kali aktres diberikan watak perempuan yang liar, berdikari dan berjiwa bebas, watak itu pasti dimatikan. Kecualilah kalau watak sains-fiksyen seperti Lara Croft, ia akan hidup sehingga babak akhir," tegasnya kepada akhbar Britain, The Sun.
Tambahnya: "Saya? Saya mati dalam kesemua filem yang ditayangkan pada tahun ini. Mereka suka sangat mematikan watak saya tahun ini." Dia merujuk kepada penerbit filem-filem berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: