UPIN & IPIN bakal menembusi pasaran antarabangsa. |
DALAM artikel di ruangan @Sinepleks Sabtu lalu, ada tertulis kononnya filem animasi kedua daripada Les’ Copaque, Upin & Ipin bakal menelan kos sekitar RM1.5 juta hingga RM2 juta. Rupa-rupanya, ia hanya perancangan awal syarikat terbabit. Kata mereka, penjimatan bolehlah dilakukan kerana sebahagian teknologi pembikinan filem animasi sudah pun mereka ada.
Tetapi Cik Normah dengar cerita, syarikat filem itu sudah membuat perubahan pada perbelanjaan penerbitan filem terbabit. Lalu, untuk menjadikannya benar-benar filem yang bakal menembusi pasaran antarabangsa, ia kini dianggarkan menelan belanja kira-kira RM6 juta!
Kiranya, pelaburan yang bakal dikeluarkan Les’ Copaque hampir sama dengan pungutan yang dilakukan filem animasi meletup mereka, Geng: Pengembaraan Bermula, yang memungut kira-kira RM6.3 juta.
Dengarnya, peruntukan itu bakal disuntik sama oleh kerajaan, yang ingin membantu produk tempatan mencipta nama di luar negara. Filem animasi kedua itu sendiri akan dialih bahasakan ke dalam beberapa bahasa, mengikut negara yang akan menayangkannya. Atas alasan itu, peruntukannya juga bertambah.
Apatah lagi, kali ini Les’ Copaque akan menggunakan teknologi Stereo 3D bagi menghasilkan animasi lebih hebat, berbanding filem pertama terbitan mereka.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: