Sunday, April 19, 2009

CAK: Jaja nama Sarimah

ressesk
SERONOK CAK menonton program Diari Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) yang semakin meriah dengan keletah pengacaranya, Sarimah Ibrahim. Apa tidaknya, dia yang mengacara rancangan sama sejak musim lalu membuat transformasi dengan menggunakan pelbagai simbol bagi mengaitkan perjalanan pelajar AF7 sepanjang minggu.

Namun, kali ini yang ingin CAK sentuh bukan fasal rancangan itu, sebaliknya cerita Sarimah dan pengurusannya.

Daripada satu sumber, Sarimah memberitahunya, dia tidak pernah menandatangani apa-apa kontrak dengan mana-mana syarikat pengurusan bagi mengurus perjalanan kerjaya seninya sama ada mengacara, berlakon atau menyanyi.

Walaupun sebelum ini ada ura-ura mengatakan pihak tertentu mahu mengurusnya, ternyata Sarimah lebih selesa bergerak sendiri walaupun ada melalui beberapa perbincangan.

Bagaimanapun, dia mengakui masih ditemani pembantu peribadi yang cantik molek, Fida, bagi memudahkannya bekerja.

Oleh yang demikian, Sarimah menegaskan, tiada pihak boleh menggunakan namanya sewenang-wenang untuk mendapat akses dalam apa saja program yang disertainya.

Ini untuk mengelak berlaku salah faham kepada semua, khususnya penggiat industri hiburan tanah air, termasuk media.

Malah CAK juga dengar cerita, ada orang menggunakan nama Sarimah untuk masuk menonton sebuah program menggunakan namanya.

Seingat-ingat CAK, ini bukan pertama kali kes guna nama berlaku dalam industri hiburan kita. Kadangkala, ikatan belum ada pun ada sebelah pihak berkompang sana-sini mengatakan dia terikat dengan mana-mana individu.

Jadi, kepada pihak berkenaan, jangan mudah percaya dengan cerita palsu. Esok-esok kalau nama sudah terpalit busuk, susah pula mencucinya. Kena lebih berhati-hatilah ya!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: