Thursday, April 23, 2009

Berang kerja yang dijanji tidak wujud


SEBAHAGIAN mangsa menunjukkan laporan polis kerana didakwa ditipu syarikat mencari pekerjaan
di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas lebih sebulan menunggu dan gagal mendapat tawaran kerja yang dijanjikan, sekumpulan 12 individu tidak dapat menahan sabar lagi dengan bertindak menyerbu dua syarikat mencari pekerjaan di sini semalam.

Mereka mendakwa kedua-dua syarikat itu menawarkan kerja kosong tetapi jawatan berkenaan sebenarnya tidak pernah wujud.

Salah seorang daripada mereka yang mahu dikenali sebagai Mike, 24, mendakwa, dia memohon jawatan sambilan memasukkan data di sebuah syarikat pekerjaan di Jalan Sultan di sini pada 20 Mac lalu dan dijanjikan bayaran RM500 seminggu.

"Selepas membayar RM185, pekerjaan yang dijanjikan oleh syarikat berkenaan sebulan lalu sehingga kini belum ditunaikan," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, apabila dia datang ke syarikat itu untuk bertanyakan status permohonan, mereka asyik memberikan pelbagai alasan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: