BERWAJAH manis dan berkeperibadian lembut, namun penyanyi yang popular dengan lagu Romeo & Juliet, Taylor Alison Swift (Taylor Swift), 19, enggan didekati lelaki. |
Pengakuan tingkat populariti
Segalanya bermula apabila dia menampilkan pengalaman cinta lamanya yang tidak kesampaian dalam lagu Should’ve Said No.
Penyanyi muda yang mampu mencipta lagu ini mempunyai cara terbaik untuk membalas dendam terhadap lelaki yang cuba mempermainkan perasaannya.
Segalanya bermula ketika menjayakan persembahan di Eropah dalam rangka promosi albumnya apabila Taylor membuat pengakuan lagu Should’ve Said No ditujukan kepada lelaki yang pernah menipunya sewaktu menjalinkan hubungan.
Bintang muda yang popular menerusi muzik country ini pernah memberikan amaran dalam satu temu bual berkata, sesiapa cuba mengecewakan perasaannya ia akan diabadikan menerusi lagu dimuatkan dalam album terbaru.
Menerusi pengakuannya mengenai pengalaman dikecewakan cinta itu turut membuatkan Taylor menjadi perhatian ramai sekali gus membawanya ke puncak populariti.
Pengakuannya itu turut menjadi fenomena dan menyebabkan ramai yang memujanya kerana keberaniannya untuk mendedahkan kisah hidup sendiri dalam lagu dihasilkan.
Dalam temu bual bersama majalah People, Taylor berkata kemungkinan lagu yang dihasil dan didendangkan itu menjadi popular kerana ramai pendengar sebayanya atau lebih dewasa turut pernah mengalami perasaan sama iaitu kecewa apabila dipermainkan dalam cinta.
“Pada awalnya saya tidak mempunyai apa-apa niat ketika menulis mengenai perasaan yang dialami menerusi lagu dihasilkan. Malah boleh dikatakan sebelum ini kebanyakan lagu dicipta menyentuh perkara yang berlaku di sekeliling saya.
|
“Contoh mudah apabila saya menampilkan lagu Tim McGraw mengisahkan mengenai kegilaan saya terhadap penyanyi lelaki country paling popular itu, ia mendapat perhatian pendengar.
|
|
“Pendengar dan peminat meminatinya kerana kebanyakan mereka juga menggilai Tim McGraw dan rasanya kami berkongsi perasaan sama,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut mengenai lagu dihasilkan jelas Taylor, dia lebih suka bersikap jujur terhadap karya diketengahkan.
“Saya berasakan ia mungkin menjadi kunci utama mengapa muzik saya hasilkan mudah diterima. Saya sendiri tidak pernah menjarakkan diri dengan peminat.
“Saya mempunyai laman sesawang sendiri dan melaluinya segala perkara akan dikongsi dengan umum. Perkara ini sudah saya lakukan sebelum album sulung dipasarkan lagi.
“Sewaktu saya belum mempunyai syarikat rakaman, kebanyakan klip video lagu yang dicipta, saya hasilkan sendiri menggunakan kamera genggam. Saya akan sunting sendiri dan menayangkannya dalam laman sesawang terbabit.
“Saya seronok apabila ramai yang memberikan maklum balas positif terhadap apa yang saya lakukan. Saya percaya antara faktor kejayaan diraih sekarang adalah atas sokongan rakan yang sebelum ini mengikuti perkembangan saya menerusi laman sesawang yang ditubuhkan.
“Kadang-kadang saya dan peminat ketawa sendiri apabila menyaksikan klip video dihasilkan itu,” katanya
Begitupun, apabila menjelaskan mengenai tanggapan peminat yang takut terhadapnya terutama lelaki, jelas Taylor perkara itu ia anggap biasa.
“Hendak diikutkan saya tidaklah memburukkan bekas kekasih, cuma ia luahan perasaan sewaktu berhadapan dengan situasi itu.
“Saya memang menjadikan lagu tempat saya mencurahkan perasaan. Kebetulan menerusinya ia menjadi karya yang baik dan saya rasa sayang jika ia tidak ditampilkan dalam album dan dibiarkan begitu saja,” katanya.
Walaupun masih muda, Taylor sudah mengecapi kejayaan cukup besar. Album keduanya, Fearless berjaya menjuarai carta Billboard selama 11 minggu lamanya. Ia menjadi antara album country berada dalam carta lagu popular sejak 1999-2000.
Taylor turut menjadi artis yang berjaya membuat jualan lagu tertinggi menerusi muat turun telefon bimbit, sebanyak 2 juta untuk tiga lagu berbeza.
Single pertama daripada album kedua Love Story turut menjadi lagu country paling tinggi membuat kutipan muat turun sekali gus mencipta sejarah apabila menjadi lagu country pertama tersenarai dalam 40 lagu paling diminati dalam pasaran komersial.
Menyentuh mengenai kejayaan diraih ini, jelas Taylor dia sangat seronok dan pastinya membolehkan dia melakukan aktiviti paling digemari iaitu membeli-belah.
“Baru-baru ini saya berkesempatan membeli-belah di London. Saya sukakan butik Top Shop. Saya rasa seperti mahu tinggal dalam kedai itu.
“Satu perkara lagi yang menyeronokkan apabila membeli-belah di sana, saya berasa bebas kerana tiada orang mengenali saya. Ketagih pula rasanya apabila dapat membeli-belah dengan aman,” katanya.
Profil
Nama penuh: Taylor Alison Swift
Panggilan: Taylor Swift
Tarikh lahir: 31 Disember 1989
Umur: 19 Tahun
Asal: Wyomissing, Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Pekerjaan: Penyanyi dan penulis lagu
Jenis muzik: Pop dan country
Alat muzik dimainkan: Gitar, piano dan ukulele
Syarikat Rakaman: Big Machine-Universal Music Group
Album: Taylor Swift (2006) dan Fearless (2008)
Pencapaian: American Music Awards, Teen Choice Awards, Academy of Country Music Awards, BMI Awards, Country Music Association Awards
CMT Music Awards, Nashville Songwriters Association International (NSAI) Award dan Young Hollywood Awards
LIRIK LAGU
Judul: Romeo and Juliet (Love Story)
Artis: Taylor Swift
We were both young when I first saw you
I close my eyes and the flashback starts
I'm standing there on a balcony in summer air
See the lights, see the party, the ball gowns
See you make your way through the crowd
And say hello, little did I know
That you were Romeo
You were throwing pebbles
And my daddy said stay away from Juliet
And I was crying on the staircase
Begging you please don't go
And I said
Romeo, take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story, baby, just say yes
So I sneak out to the garden to see you
We keep quiet 'cause we're dead if they knew
So close your eyes, escape this town for a little while
Oh, oh, oh
'Cause you were Romeo,
I was a scarlet letter
And my daddy said stay away from Juliet
But you were everything to me
I was begging you please don't go
And I said
Romeo, take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story, baby, just say yes
Romeo, save me, they're trying to tell me how to feel
This love is difficult, but it's real
Don't be afraid, we'll make it out of this mess
It's a love story, baby, just say yes
I got tired of waiting, wondering if you were ever coming around
My faith in you was fading
When I met you on the outskirts of town
And I said
Romeo save me, I've been feeling so alone
I keep waiting for you but you never come
Is this in my head, I don't know what to think
He knelt to the ground and he pulled out a ring
And said
Marry me, Juliet, you'll never have to be alone
I love you and that's all I really know
I talked to your dad, you'll pick out a white dress
It's a love story, baby, just say yes
Oh, oh, oh, oh
We were both young when I first saw you
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: