Friday, April 17, 2009

Aleesya persis Erra Fazira

altSekarang antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh peminat ialah mahu menatap wajah puteri sulung Erra Fazira dan Engku Emran, Engku Aleesya yang lahir pada 30 Mac 2009.

Bagaimanakah raut wajahnya? Mirip siapakah Aleesya? Mirip ibu atau mirip bapanya? Aleesya lahir secara normal di Damansara Specialist Hospital dengan berat 4.04kg.

"Saya sudah tengok anak Erra baru-baru ini. Saya lihat bibir dan mata Aleesya saling tak tumpah macam Erra," kata seorang deejay Suria FM.

Sebenarnya topik wajah anak Erra antara yang hangat sekarang. Malah e-mel yang berjudul Anak Erra Fazira 4.04 Kg dikirim dari seorang kepada seorang yang lain. Sebenarnya kiriman itu ialah gurauan yang memuatkan gambar karton baby montel. Siap bunyi budak ketawa lagi.

Ada juga gambar lama Erra sedang memangku seorang bayi yang diedarkan. Kononnya itulah anak Erra.

Kalau nak lihat anak Erra yang sebenar dan sahih tunggulah Aleesya berusia 40 hari, selepas Erra habis pantang dan majlis mencukur jambul yang akan diadakan nanti. Itu janji Erran dan Emran. Maknanya pada 9 Mei 2009 lah. Tunggu...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: