Tuesday, April 28, 2009

100 peratus koko LKM


MAKLUMAT mengenai coklat Tasneem boleh didapati di laman web coklathalal.com.


Selain daripada Brely's Secret, antara coklat halal buatan Malaysia adalah Tasneem. Dijual menerusi dalam talian di laman coklathalal.com dan sebuah kiosk di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, ia baru lebih setahun beroperasi.

Coklat keluaran usahawan bumiputera itu dikilangkan di Ipoh, Perak dan bersumberkan koko bermutu tinggi dari Lembaga Koko Malaysia (LKM).

Pengusahanya, Haridah Sahri ketika dihubungi berkata, peniagaannya masih di tahap kecil-kecilan tetapi tetap mampu menawarkan coklat yang enak.

"Rasanya setanding dengan coklat import di pasaran. Bahkan, kalau ikut respons pelanggan, ia lebih sedap," kata Haridah sambil menjelaskan Tasneem bermaksud air terjun syurga seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Muthoffifin.

"Coklat yang kami guna adalah gred A. Keunikan coklat kami adalah ia 100 peratus menggunakan koko. Malah minyak yang kami gunakan dalam adunan juga adalah minyak mentega koko. Kami tidak menggunakan sebarang minyak lain seperti minyak sawit untuk membuat coklat," katanya.

Didapati dalam aneka bentuk coklat, terkini, pihaknya telah menambah variasi bungkusan kotak coklat. Coklat juga boleh didapati dalam bentuk lolipop yang dihasilkan menggunakan teknik tertentu.

Ia juga menyediakan coklat bar dalam tiga saiz iaitu 25 gram, 38 gram dan 50 gram dengan perisa badam, hazel dan kismis. Selain itu, mereka turut menawarkan coklat eksklusif untuk hadiah perkahwinan.

Coklat Tasneem boleh didapati dari harga RM1.50 hingga RM75.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: