PETALING JAYA: Pelakon Zul Yahya mengakui teruja apabila ditawarkan watak antagonis bernama Bashar dalam drama Supermak yang bakal bersiaran pada Ahad ini.
Dia yang sering membawa watak aksi dan komedi itu memberitahu sanggup membeli peralatan-peralatan tertentu dan belajar ilmu silap mata bagi menghidupkan karakter tersebut.
"Saya teruja sangat apabila membaca skrip Supermak ini, memang saya idamkan untuk memegang watak jahat kerana sebelum ini hanya diberikan watak budak baik, naif dan watak komedi sahaja.
"Bagi watak Bashar ini, saya sendiri yang buat kajian terutamanya belajar bermain silap mata daripada buku dan orang-orang yang pandai tentang ilmu itu serta mencari sendiri peralatan-peralatan yang sesuai dengan karakter saya," jelasnya ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama Supermak, di sini, Rabu lalu.
Tambah Zul, dia tidak meniru mana-mana karakter televisyen sebelum ini bagi memainkan watak tersebut.
"Saya buat karakter saya sendiri dan tidak mahu meniru mana-mana watak dalam filem atau drama televisyen yang ada sebelum ini.
"Saya yakin peminat saya terutamanya kanak-kanak akan menyukai watak ini," tuturnya.
Dalam drama adiwira tersebut Zul memegang watak Bashar iaitu musuh tradisi keturunan suku kaum Amy (Nasha Aziz) dan menganggu ketenteraman awam termasuk keluarga Amy.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zul memberitahu dia baru sahaja menimang cahaya mata ketiga sebulan lalu.
Dia juga sibuk membantu perniagaan baru yang diuruskan isterinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: