
Pengurus Jualannya, Su Chee Oon berkata, dua varian ini pasti menarik perhatian kerana prestasi dipertingkat dengan beberapa ciri-ciri tambahan menjadikan kenderaan jenis sedan ini hebat, selaras mengekalkan kedudukan tertinggi di kalangan kenderaan buatan Sweden.
“Pengenalan dua varian ini dijangka mampu memenuhi sasaran jualan keseluruhan kenderaan Volvo sebanyak 1,800 unit pada tahun ini,” katanya.
Menurutnya, varian S80 T5 ini bakal menggantikan model S80 2.5T sedia ada kerana bernilai kompetitif mengungguli keseimbangan sebenar sebuah kereta sedan dengan gaya mewah, pintar, berprestasi dan dilengkapi ciri-ciri keselamatan bertaraf dunia.
Beliau berkata, secara keseluruhan model kenderaan Volvo yang paling laris adalah katogeri kereta kompak utiliti sukan (SUV) model XC 60 dengan jumlah jualan sebanyak 400 unit setahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: