Saturday, July 2, 2011
Tomok - Ayu selamat bernikah
Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi lagu Bagaikan Bidadari, Shah Indrawan Ismail, 27, atau Tomok sah bergelar suami kepada Siti Rahayu Abas,32, atau Ayu, malam semalam.
Pasangan berkenaan dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama Pejabat Agama Daerah Gombak, Tuan Haji Daim Jajuli di Dewan Serba Guna Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur malam semalam dengan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM12,697.11.
Pada majlis sama, pasangan mempelai itu bertukar-tukar dulang hantaran iaitu sembilan dulang daripada Tomok, manakala Ayu membalas dengan 11 dulang antaranya sirih junjung, sejadah, coklat dan jam tangan.
Kedua-dua pengantin kelihatan segak dan cantik dalam persalinan berwarna kuning rekaan pereka terkenal, Hatta Dolmat.
Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan hari ini di dewan yang sama, manakala keluarga Tomok akan mengadakan kenduri pada 9 Julai di kediaman mereka di Cheras.
Tomok mula dikenali ketika muncul dengan kumpulan New Boyz dan menyertai rancangan realiti One In A Million (OIAM), manakala Ayu bekerja sebagai pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Pasangan serasi ini berkenalan sejak lapan lalu dan memutuskan untuk berumah tangga pada awal tahun ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: