SINGAPURA - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) menyasar untuk menyerahkan kira-kira 10,000 hingga 11,000 unit Perodua Myvi baharu Julai ini di mana kira-kira 1,000 unit telahpun diserahkan pada minggu pertama bulan ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid berkata, bulan lepas syarikat itu berjaya menyerahkan kira-kira 2,000 unit Myvi baharu.
"Kami menerima tempahan yang amat memberangsangkan bagi Myvi baharu itu sejak ia dilancarkan untuk tempahan pada 4 Jun lalu. Sehingga kini, kami telahpun menerima kira-kira 17,000 tempahan bagi kereta tersebut.
"Kami berusaha untuk menyerahkan sebanyak mungkin kereta sebelum hari raya akan datang bagi memenuhi impian pelanggan kami untuk pulang berhari raya ke kampung dengan dengan kereta baharu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: