Monday, July 25, 2011

Semangat baru Farah Asyikin



Nama Farah Asyikin sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Biarpun pernah gagal dalam perkahwinan, tidak bermakna hatinya sudah tertutup menerima kehadiran cinta baru. Bagi Farah Asyikin Zulkifli,33, tiada istilah serik untuknya kembali berumah tangga.

Namun cerita sebegitu tidak lagi menjadi topik besar dalam hidupnya, Tumpuannya kini hanyalah kepada bidang seni. Baginya, dia semakin bersemangat untuk bangkit semula dalam bidang seni.

Tidak mahu menolak mengenai jodoh, Farah akui tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran insan bernama lelaki.

Cuma pada waktu ini, dia lebih selesa menjalani kehidupan solo.

“Sekarang, fokus utama saya adalah karier. Saya mahu dikenali kerana lagu-lagu saya dan kerja saya. Soal peribadi, biarlah ia menjadi sampingan sahaja.

"Bukan mengalah, cuma saya disuntik semangat baru untuk memajukan diri. sudah beberapa waktu ini, orang asyik bercerita kisah peribadi saya tanpa mengingati lagu-lagu saya.

"Untuk tahun ini, saya harapkan akan ada sinar baru dalam kerjaya seni saya," katanya ketika ditemui di showcase The Blue Kebaya di The Weld, Kuala Lumpur.

Kenyataan Farah itu sekali gus menyangkal desas-desus mengatakan dia sudah punya pengganti selepas putus tunang sebelum ini. Mengakui dirinya masih solo, Farah kini lebih selesa berkawan daripada memikirkan soal cinta.

“Saya lebih senang dengan kehidupan sekarang, Lagipun saya ada keluarga yang sentiasa berada di sisi ketika saya memerlukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: