Thursday, July 21, 2011

Sekali daftar dengan AirAsia Fly-Thru

Penumpang AirAsia dari Hong Kong, Macau dan Guangzhou yang merancang melakukan penerbangan berbilang kini boleh berbuat demikian apabila AirAsia memperkenalkan perkhidmatan AirAsia Fly-Thru tidak lama lagi.

Perkhidmatan ini ada di beberapa tempat pelepasan terpilih AirAsia, dan ia memberi peluang penumpang membuat penerbangan pelbagai dengan hanya sekali pemeriksaan untuk penerbangan asal dan penerbangan sambungan di lapangan terbang terakhir mereka.

Ketua Komersial Serantaunya, Kathleen Tan berkata, Fly-Thru sebahagian daripada usaha berterusan AirAsia dalam melakukan inovasi perkhidmatan dan menyediakan kemudahan terbaik kepada penumpangnya.

“Kini dengan adanya Fly-Thru dari Hong Kong, Macau dan Guangzhou, penumpang kini boleh memanfaatkannya untuk ke pelbagai destinasi seluruh Asia dengan AirAsia dan AirAsia X.

“Dengan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk, seseorang hanya perlu bermain dengan kreativiti dan imaginasi kerana dengan AirAsia, segala kemungkinan adalah tidak mustahil,” katanya.

Perkhidmatan Fly-Thru disediakan untuk penumpang dari Hong Kong, Macau dan Guangzhou, meneruskan perjalanan jarak jauh ke destinasi AirAsia X dengan transit di Kuala Lumpur di mana tempoh masa daripada penerbangan asal ke penerbangan seterusnya hanya 90 minit dan enam jam.

Penumpang boleh menyambung penerbangan mereka ke destinasi yang dikehendaki tanpa memberi penjelasan imigresen atau visa transit di Malaysia. Setibanya di Kuala Lumpur, penumpang akan diberi akses ke dewan transit yang menghubungkan dewan pelepasan dan perlu berada di pintu masuk berlepas 20 minit sebelum penerbangan mereka.

Selain itu, perkhidmatan Fly-Thru ini juga tidak memerlukan penumpang memeriksa semula barangan apabila menyambung penerbangan sehingga ke destinasi terakhir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: