Tuesday, July 12, 2011

Sasar seluruh Asean

ABDUL RASHID...bekal transformer  ke Indonesia
ABDUL RASHID...bekal transformer ke Indonesia

MALAYSIA Transformer Manufacturing Sdn Bhd (MTM), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan untuk menyumbang sekurang-kurangnya 25 peratus kepada jumlah pendapatan MTM bagi segmen eksportnya dalam tempoh tiga tahun lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata, ketika ini segmen eksport menyumbang 10 peratus daripada pendapatan syarikat yang berjumlah RM200 juta tahun lalu dan pihaknya yakin jumlah itu akan meningkat berikutan mendapat permintaan dari negara luar.


Beliau berkata, sebagai peneraju dalam menawarkan rangkaian perkhidmatan seperti mereka bentuk, membekal, pemasangan, pengujian, membaik pulih dan pembaharuan alat ubah (transfomer) pihaknya bertanggungjawab memastikan bekalan elektrik berterusan melalui pembekalan transformer.

“MTM membekalkan transformer ke Brunei dan terbaru kami mendapat permintaan dari Indonesia. Kami komited untuk memperluaskan lagi pasaran eksport ke seluruh Asean bermula tahun ini termasuk di Timur Tengah yang turut dilihat berpotensi besar,” katanya pada majlis penyerahan Sijil Sistem Pengurusan Bersepadu oleh Sirim QAS International Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.


Hadir sama, Presiden TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, Pengarah Urusan Sirim Qas, Khalidah Mustafa dan Pengarah Urusan MTM, Mohamed Akhbar Muslim.


Persijilan itu adalah gabungan daripada pengurusan kualiti, persekitaran dan keselamatan mengikut standard ISO9001:2008, ISO14001:2004 dan OSHAS18001:2007.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: