Thursday, July 28, 2011

Rumusan kunci kelembapan rambut

BERSAMA...(dari kiri) Aspalin, Noorashikin bersama (dari kanan) Wanie dan Kelvin dengan produk terbaru Avon.
BERSAMA...(dari kiri) Aspalin, Noorashikin bersama (dari kanan) Wanie dan Kelvin dengan produk terbaru Avon.

TERATAI - tumbuhan air yang unik dan biasanya hidup di permukaan air tenang. Ia sering dijadikan penambah seri bagi melengkapkan taman impian oleh penggemar atau penggubah landskap.

Daunnya lebar berbentuk bundar ataupun bujur yang dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding tumbuhan lain.

  • Foto

    BEGINI...Wanie menunjukkan cara pemakaian Frizz Control yang betul.

  • Foto

    TERBARU...rangkaian penjagaan rambut Advance Techniques mengikut kesesuaian pengguna.

Permukaan daunnya tidak mengandungi lapisan lilin menyebabkan air yang jatuh ke atasnya tidak membentuk butiran air.

Sifatnya yang boleh hidup di dalam air dikatakan mempunyai halangan unik dalam menangkis air yang melaluinya, sekali gus mencetuskan inspirasi untuk jenama penjagaan diri, Avon menghasilkan produk rawatan bagi mengelak rambut mengembang.


Rumusannya berperanan mengunci lembapan daripada dalam agar rambut tidak mudah mengerbang dan hasilnya tahan sehingga tiga kali cucian.


Dihasilkan bagi membentuk lutsinar pada rambut, ia merawat dan menyimpan lembapan semula jadi pada rambut agar lebih lembut, halus dan tidak kusut.

Kajian saintisnya yang menggunakan teknologi eksklusif, Lotus Shield membantu untuk menghalang lembapan daripada hilang dan mengelakkan kerosakan pada rambut akibat cuaca lembap atau panas.

Menurut Pengurus Jenama dan Komunikasi Avon Malaysia, Noorashikin Selamat, produk rawatan rambut yang dikaji oleh pakar saintis di Pusat Kajian dan Pembangunan Avon, Suffern New York, memperkenalkan Advance Techniques Frizz Control khas kepada mereka yang mempunyai masalah rambut mengembang, kusam dan sukar didandan.

“Rambut sentiasa menyerap air dan apabila ia bergabung dengan bahan kimia dalam serat rambut, menjadikan rambut kusut dan kerinting.

“Saintis Avon berpendapat jika ada cara yang boleh menghalang air seperti daun teratai ia adalah satu kejayaan untuk mengawal rambut kusut.

“Penggunaannya mudah kerana hanya perlu disapu sekali saja pada rambut dan ia tahan lama sehingga tiga kali cucian tanpa perlu dibilas seperti pemakaian perapi. Mereka hanya perlu menyapu pada rambut yang dikeringkan selepas cucian dan sesuai dipakai untuk semua jenis rambut.

“Mengambil inspirasi daripada keunikan daun teratai kerana ia mempunyai sistem menangkis air yang baik selain dapat melindungi rambut daripada kerosakan disebabkan penggunaan alat pengering rambut dan faktor persekitaran.

“Kami padukan kebaikan daripada dua dunia iaitu teknologi canggih dan teknik penggayaan agar setiap wanita walau apa juga jenis rambut mereka tampil ceria dan anggun setiap hari,” katanya ketika menerangkan kelebihan produk penjagaan rambut terbaru mereka pada majlis pelancarannya, baru-baru ini.

Advance Techniques Frizz Control dapat membantu mengelakkan rambut menjadi tidak terurus dengan salutan protein mikro hydrophobic dan silikon pelicin bagi membentuk penghadang membantu menangkis air sama seperti daun teratai.

Rawatan tanpa bilas ini menjadi penghadang ringan untuk menentang rambut kusut daripada terus berubah menjadi kerinting.

Penggunaannya juga dikatakan tidak berminyak dan melekit menjadikan rambut mudah diurus dan kekal sehingga cucian ketiga.

Seiring dengan penampilan rawatan rambut kusut dan mengembang, Avon turut memperkenalkan wajah baru dengan formulasi terkini, Advance Techniques dalam menghasilkan rangkaian penjagaan rambut seperti syampu dan perapi.

Rangkaian produknya dicipta bagi memberikan hasil terbaik kepada struktur rambut tanpa mengira jenisnya sama ada kerinting, lurus, ikal, tebal mahupun nipis.

Rangkaian penjagaan rambut itu kini boleh didapati di semua wakil Avon
di seluruh Malaysia.

Sempena pelancaran rangkaian berkenaan yang dihadiri Ketua Pemasaran Komersial Avon, Aspalin Sirat; pakar rambut, Kelvin Ong dan pendandan rambut, Wanie Ahmad, Avon turut menawarkan hadiah lumayan sebanyak RM70, 000 kepada pelanggannya untuk dimenangi.

Dapatkan borang penyertaan sebelum 31 Ogos ini dan untuk maklumat lanjut, layari http://www.my.avon.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: