Monday, July 11, 2011

Peserta luar kuasai cabaran


PARA peserta bergambar bersama Chef Liza (berdiri enam dari kanan) dan Stella (berdiri lima dari kanan) pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Selatan di Giant Tampoi, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Kalangan pemenang pada Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 Zon Selatan dibolot oleh peserta luar apabila wakil dari Pulau Pinang, Norulsakinah Mohammad Hanan dan peserta dari Kuala Lumpur, Misliha Juki dinobatkan selaku juara kategori biskut dan kek di pasar besar Giant Tampoi di sini semalam.

Norulsakinah yang menempuh perjalanan lebih 800 kilometer dari Butterworth, menewaskan 14 lagi pesaing apabila Biskut Kerang Mutiara Daisy ciptaannya berjaya mencuri hati empat juri yang diketuai oleh Chef Liza Zainol dan anaknya, Chef Azrin Zainol serta dua wakil Kosmo!, Stella Abdullah selaku Pengurus Iklan Kosmo! dan Pengarang Rencana Kosmo!, Najibah Hassan.

Misliha, 46, yang merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat di Kuala Lumpur pula menjuarai kategori kek apabila taruhannya, Kek Keju Lemon Chocolate Rice Daisy mendapat markah tertinggi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: