Sunday, July 24, 2011

Peluang kedua kepada penagih


HISHAMUDDIN (tiga dari kiri) meluangkan masa beramah mesra dengan banduan bersama keluarganya sempena majlis perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kuantan semalam.


KUANTAN - Program Pusat Pemulihan Pemasyarakatan akan diperluas kepada kalangan penagih dadah dengan penglibatan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia bertujuan memberi peluang kedua kepada penagih untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan kembali kepada masyarakat.

Beliau bagaimanapun berkata, kaedah pelaksanaan program itu berbeza dengan yang sedia ada melibatkan kerjasama Jabatan Penjara dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menumpukan bantuan kepada banduan untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan lampau. "AADK pula memiliki tanah terbiar dan boleh dibangunkan menerusi aktiviti pertanian yang diusahakan oleh penagih dadah terbabit dengan bantuan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Batu 10 di sini semalam. Hishammuddin berkata, pihaknya peka dengan rintihan penagih dan keluarga mereka yang mengharapkan pembelaan daripada kerajaan dalam mengubah nasib mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: