
KOTA BHARU – Sindiket pengedaran dadah yang dilumpuhkan oleh polis Kelantan di sebuah hotel di sini kelmarin dipercayai menjadikan premis itu sebagai transit urusan jual beli dadah antara Malaysia dan Thailand.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya percaya terdapat penglibatan ‘orang dalam’ yang bekerja di hotel terbabit yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah itu.
“Dua daripada lima suspek yang ditahan merupakan kakitangan hotel terbabit,” kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan, seorang lelaki maut apabila terjatuh dari tingkat lapan manakala lima lagi termasuk seorang wanita berusia 27 hingga 48 tahun diberkas dalam satu serbuan di sebuah bilik hotel di sini kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
Dalam serbuan pada pukul 11 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Tengku Mohd. Habib Tuan Yazid, 24, dari Kemumin, Pengakalan Chepa dikatakan cuba keluar dari biliknya untuk masuk ke bilik sebelah tetapi gagal menyebabkan dia terjatuh dan ditemui mati di tingkat dua.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: