Monday, July 4, 2011

MIU letak Malaysia di pentas dunia pendidikan


Najib Tun Razak dan Manmohan Singh menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Mohamed Khaled Nordin (kiri) dan Dr. Ramdas M. Pal di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) di Putrajaya baru-baru ini.


WAWASAN Malaysia untuk menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa mula membuahkan hasil apabila Manipal Education (ME) dari India bersetuju melabur RM650 juta bagi tempoh lima tahun dalam sektor tersebut.

Pro Canselor Universiti Manipal (MU), Dr. H.S Ballal berkata, ia selaras dengan usaha India untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor pendidikan dengabn Malaysia.

"Usaha yang dimainkan antara India dan Malaysia membuktikan komitmen tinggi yang berperanan mengukuhkan pelan bertindak dengan merealisasikan teras Rancangan Malaysia Ke-10 menjelang 2020.

"Ini termasuk bagaimana fungsi ME untuk menambah kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), meningkatkan penyelidikan dan inovasi, mengukuhkan integriti antara kedua-dua negara serta memperhebatkan pengantarabangsaan pelajar dan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat di Manipal Universiti," katanya ketika ditemui di Universiti Manipal, India baru-baru ini.

MoU dengan ME disaksikan Perdana Menteri India, Manmohan Singh dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan kerja Perdana Menteri India itu ke Malaysia tahun lalu.

(MoU) yang melibatkan pelaburan RM650 juta bagi tempoh lima tahun untuk menubuhkan Universiti Antarabangsa Manipal (MIU) di Kuala Lumpur yang bakal menawarkan pelbagai pengajian bertaraf dunia telah ditandatangani

Pada majlis MoU itu, MU diwakili Presiden dan Canselornya, Dr. Ramdas M. Pai dan Malaysia diwakili Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menurut Ballal, MU menyokong usaha yang dimainkan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi terutama di dalam bidang kedoktoran dan hospitaliti.

"(MIU) akan menjadi sebahagian pelopor untuk memenuhi keperluan Malaysia untuk meningkatkan kerjasama pendidikan apabila cawangan universiti itu di buka menjelang 2014.

"Kita menjangka apabila MIU siap di bina ia dapat memenuhi keperluan pelajar Malaysia dan antarabangsa dari negara ASEAN, Asia Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. untuk menuntut di Manipal Universiti di Malaysia termasuk di India," katanya.

Ballal berkata, usaha itu juga meliputi kerjasama berteraskan pendidikan kejuruteraan dan pengurusan program peringkat Ijazah (Sarjana Muda) dan lepasan Ijazah dalam pelbagai disiplin termasuk beberapa bidang kejuruteraan, kajian pengurusan, perniagaan dan perdagangan, undang-undang, animasi dan reka bentuk serta hospitaliti dan pelancongan.

"Matlamat MIU adalah untuk membina kerjasama akademik yang inovatif di peringkat global dan melahirkan kepimpinan pemikiran yang akan membentuk masa depan masyarakat dan komuniti global

"ME sejak 10 tahun lalu membuktikan menguruskan Melaka-Manipal Medical College (MMMC) di Melaka dengan berjaya dan pelaburan terbaru itu membuktikan lagi komitmennya di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Ballal, berkata, penubuhan MIU di Malaysia bertepatan dalam memperluaskan operasi ME ke seluruh dunia.

"Pada masa ini buat permulaan MIU akan beroperasi di kampus sementara di Akademi Penerbangan Malaysia (MAS) di Kelana Jaya, Selangor sebelum beroperasi di kampus kekalnya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: