
ALOR SETAR - Sebanyak 200 botol minyak jagung Daisy yang diberikan percuma kepada 200 pengunjung terawal Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Utara di pusat beli-belah Star Parade di sini menjadi rebutan apabila habis dalam masa kurang 15 minit. Rata-rata pengunjung tiba seawal pukul 9 pagi untuk menunggu minyak jagung Daisy seberat 500 gram percuma yang boleh ditebus dengan dua kepala akhbar Kosmo! pada pukul 10.30 pagi.
Seorang guru, Saodah Hanafi, 58, dari Kuala Kedah di sini berkata, beliau sanggup datang awal semata-mata untuk mendapatkan minyak jagung Daisy yang menjadi kegemaran keluarganya lebih lima tahun lalu. "Saya memang sudah biasa guna minyak jagung Daisy untuk buat mufin dan juga kek prun yang sememangnya disukai anak-anak," katanya ketika ditemui di Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 peringkat Zon Timur di sini semalam. Seorang suri rumah, Rozita Nordin, 41, dari Jalan Datuk Kumbar di sini berkata, minyak jagung Daisy menjadi pilihannya kerana ia 100 peratus bebas daripada kolesterol dan diperkaya dengan vitamin E selain ia juga dikenali sebagai bahan yang boleh menyedapkan masakan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: