Thursday, July 21, 2011

Kuasa tablet Playbook


PLAYBOOK kini menjadi pencabar terkini kepada iPad 2 dan Galaxy Tab.


BELUM pun reda fenomena terhadap peranti telefon pintar, kini giliran tablet pula mencuri tumpuan dalam menambat hati penggemar teknologi global termasuk di Malaysia.

Terbaru pengeluar telefon pintar terkenal, BlackBerry, Research in Motion (RIM) tidak mahu ketinggalan bersaing dalam segmen berkenaan dengan memperkenalkan Playbook.

Playbook yang mempunyai skrin sentuh LCD 17.8 sentimeter dengan resolusi 1,024 x 600 WSVGA definisi tinggi (HD) mampu memberi kepuasan kepada pengguna apabila ia dapat memberikan gambaran imej jelas dan menepati cita rasa hari ini.

Dalam pada itu, peranti terbaharu tersebut juga dilengkapi pemproses dengan kelajuan satu gigahertz (GHz) dan memori sehingga satu gigabait (GB) sekali gus melancarkan lagi tugasan yang dilakukan pengguna.

Playbook turut didatangkan bersama teknologi sistem operasi QNX memudahkan lagi tugasan berbilang (multi tasking) terutamanya mereka yang gemar melakukan tugasan di luar pejabat.

Sebagai contoh, pengguna boleh membuka pelbagai tetingkap pada satu masa bagi melaksanakan pelbagai tugasan tanpa perlu berasa bimbang ia akan tersekat-sekat.

Penstriman dan pelayaran Internet juga lebih lancar kerana peranti itu dilengkapi perisian video Adobe Flash.

Mereka yang ingin melakukan persidangan video pula, tidak perlu berasa bimbang kerana Playbook didatangkan bersama dua kamera iaitu di hadapan dan belakang.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat dalam Playbook termasuk penyambung mikro USB binaan dalam, sambungan WiFi, papan kekunci maya dan banyak lagi.

Pengguna juga boleh menggabungkan PlayBook dengan telefon BlackBerry mereka menggunakan Bluetooth bagi mengakses teknologi push mail, kalendar, e-mel, BBM, dokumen dan fungsi lain.

Playbook kini boleh didapati dalam pelan data menarik daripada Maxis. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan data menarik Maxis dan Playbook boleh melayari laman web www.maxis.com.my/blackberry.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: