
KUALA LUMPUR – Syarikat kereta api Makkah Metro yang terlibat dalam perkhidmatan pengangkutan jemaah haji di Mekah menambah pengambilan pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk membantu mereka mengendalikan perkhidmatan kereta api syarikat itu pada musim haji tahun ini.
Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan berkata, Makkah Metro telah meminta KTMB menambah jumlah petugas KTMB lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dihantar pada tahun lepas iaitu dari 65 orang kepada 200 orang tahun ini.
“Tetapi kita hanya dapat hantar 145 petugas sahaja memandangkan kakitangan kita diperlukan bagi meneruskan operasi di tanah air,” katanya kepada pemberita selepas meraikan kakitangannya yang berlepas ke Arab Saudi di sini malam kelmarin.
Kumpulan pertama seramai 41 orang berlepas malam kelmarin untuk berkhidmat sehingga November.
“Kita dijemput semula berdasarkan prestasi kerja baik yang ditunjukkan kakitangan yang terlibat pada tahun lepas,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: