Wednesday, July 20, 2011

Kelewatan feri Pulau Pinang jejaskan pengguna - CAP


SALAH sebuah feri yang memberikan perkhidmatan kepada orang ramai berulang-alik dari tanah besar ke bahagian pulau di Pulau Pinang. - Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak kerajaan dan Syarikat Penang Port Sdn. Bhd. (Penang Port) memberi perhatian serius terhadap masalah kelewatan feri dari Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth yang berlaku hampir setiap hari.

Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, tinjauan pihaknya mendapati lebih 2,000 pejalan kaki terpaksa menunggu feri hampir sejam untuk ke bahagian pulau sehingga menjejaskan prestasi kerja, pelajaran dan urusan harian mereka.

Beliau berkata, CAP turut menemui kes sebilangan penumpang terpaksa menunggu lebih lama terutama ketika waktu kemuncak antara pukul 7 hingga 8 pagi dan pukul 5 hingga 6 petang.

"Masalah ini berpunca daripada kegagalan pengurusan jadual perjalanan feri dengan baik oleh pihak berkenaan sehingga menyebabkan pengguna berdepan kelewatan untuk ke pejabat dan tempat belajar sejak Jun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: