KUALA LUMPUR – Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) tidak sepatutnya menjadikan faktor kos yang tinggi sebagai alasan enggan menaik taraf pelayan Internet mereka memandangkan pelaburan sebenar yang diperlukan untuk tujuan itu adalah sangat kecil.
Presiden Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Azli Paat menjelaskan, kos untuk mendapatkan pelayan berkapasiti tinggi boleh diperoleh dengan bayaran serendah RM500 hingga RM1,500 sebulan.
“JLKN boleh menggunakan khidmat server farm atau penyedia perkhidmatan pelayan dengan kapasiti lebih besar.
“Jika data itu sekadar nama peserta PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) yang layak, kosnya tidak besar dan mudah diuruskan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kosmo! semalam melaporkan tentang kekecewaan lebih 500,000 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ibu bapa mereka apabila gagal menyemak status kumpulan pelatih baharu sesi 2012 PLKN gara-gara pelayan laman web itu tergendala sejak kelmarin.
Masalah itu berlarutan sehingga semalam apabila masih ada pihak mendakwa gagal mengakses laman web itu bagi menyemak status pelatih.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: