Saturday, July 9, 2011

Ifa Raziah santai di taman tema


KELUARGA BAHAGIA... Dari kiri, Mohd. Yani, Sharifah Putri Umairah, Muhammad Shakir Aqili dan Ifa Raziah sewaktu bersantai di Taman Tema Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.


ILI... jangan lari. Kita kena tangkap gambar dulu. Nanti baru Qili boleh naik kereta tu (honey bump)," jerit Ifa Raziah pada anaknya, Muhammad Shakir Aqili Mohd. Yani, 6.

Dari riak wajah Qili, S3 dapat lihat yang kanak-kanak itu tidak sabar-sabar untuk mencuba pelbagai permainan sebaik sahaja mereka sampai di Taman Tema Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Ifa, begitulah gelagat Qili, setiap kali mereka sekeluarga berkunjung ke taman tema kerana anak lelakinya itu amat meminati kereta terutamanya bump car.

Malah Qili sempat bergambar dengan kakaknya, Sharifah Putri Umairah, 12, di sudut foto berlatar belakangkan karikatur watak daripada filem Cars.

Menurut Ifa, di rumah banyak koleksi kereta mainan Qili yang dibelinya.

"Cuba bayangkan, dalam sebulan dua tiga buah kereta Ifa dan papanya, terpaksa beli. Kalau sebuah kereta berharga RM30, kiralah berapa banyak wang Ifa melayang.

"Entahlah, Ifa tengok si Qili memang suka sangat dengan model kereta.

"Dia juga pandai menjaga kereta-kereta mainannya itu," cerita Ifa tentang gelagat anaknya itu.

Katanya, selain membeli barang mainan mengikut minat anak-anak, dia juga sering membawa mereka bersantai di taman tema bagi mengisi waktu lapangnya.

Mengetahui minat anak-anaknya yang suka bermain di tama tema, justeru itu setiap kali mendapat undangan persembahan di Kota Keriangan Genting Highlands, Ifa akan membawa anak-anaknya bersama.

"Setakat ini sudah beberapa kali mereka berrmain di Genting Highlands. Antara kami anak-beranak, hanya suami Ifa, Mohd.Yani sahaja yang penakut sikit. Kalau kami main games yang ekstrem sikit, dia tunggulah di bawah," katanya.

Selain ke Genting Highlands, Ifa juga pernah membawa anak-anaknya ke Sunway Lagoon dan terbaru ke Universal Studio, Singapura.

Kata Ifa, dia suka naik roller coaster kerana permainan itu mampu membuatkan dirinya hilang perasaan takut.

"Mula-mula naik roller coaster, memang takut... rasa nak gugur jantung. Lama-lama biasa sahaja sebab waktu. itulah kita menjerit sepuas hati," katanya yang muncul dalam Gulai Tempoyak Chicken Chop, yang disiarkan dalam slot Senda Pagi, di TV3.

Ifa yang turut dikenali sebagai Datin dalam Datin Oppss Dato, yang disiarkan di Saluran Astro Warna (Saluran 132, Astro) berkata, kalau sudah berkunjung ke taman tema, dia boleh lupa waktu kerana leka melayan telatah anak-anak.

Sewaktu di Taman Tema Berjaya Times Square, Ifa dan ahli keluarga yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Eksekutif Muda Promosi dan Pemasaran, Stephen Ho, berkesempatan bermain Robo Crash (kereta berlaga), carnival games iaitu bowl & ball yang menawarkan hadiah patung buaya.

Selain itu, mereka juga sempat menaiki Molly - cods swing, botanic drive, buddy go round dan flying bumble bee hinggakan Ifa terpaksa memujuk Qili untuk berhenti bermain.

Ifa yang bakal menjalani penggambaran drama Peah Murai, pertengahan bulan ini berkata, sehingga kini dia belum mendapat tawaran melakonkan watak protagonis.

"Entahlah, sekarang ini wajah Ifa dicop sebagai pelakon komedi. Ifa memang tidak kisah diberi watak apa kerana itu semua rezeki. Cuma kalau boleh Ifa ingin menjadi pelakon serba boleh.

"Dulu asyik jadi wanita jahat atau penggoda, sekarang ini lawak pula.

"Kalau dapat bawa watak wanita yang teraniaya atau sedih, pasti ianya mencabar sebab Ifa jarang diberi peranan sebegitu," luahnya.

Dalam sibuk melayan karenah Qili, Ifa sempat memberitahu S3, yang dia bakal muncul dengan single baru, Luar Biasa yang dicipta oleh Sharon Paul dan lirik oleh Nurfatimah.

Katanya, lagu Luar Biasa dirakam tahun lalu dan disebabkan lagu tersebut diterbit sendiri maka ia lewat diperkenalkan kerana bergantung kepada bajet.

"Maklumlah buat lagu guna duit sendiri, jadi apa-apa pun kena tengok bajet. Kalau bajet ada, sudah lama lagu itu diperdengarkan di corong radio.

"Lagu ini tidak ada kena menggena dengan lagu dendangan Shahir AF9 kerana ia berbeza sama sekali. Mungkin judul lagu sahaja kebetulan sama," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: