Thursday, July 21, 2011

Hot mama seronok besarkan anak sendiri

Mula berjinak-jinak dengan dunia seni sejak usianya belasan tahun lagi, namanya terus memuncak apabila bakat lakonannya mendapat perhatian.

Sejak itu, Serina Redzuawan terus mendaki tangga kejayaan dalam bidang lakonan. Antara filem lakonannya adalah seperti Mr Cindarella, Hingga Hujung Nyawa dan Tangkai Jering. Tidak hanya itu, Serina juga antara pelakon tetap untuk drama bersiri Roda Roda Kuala Lumpur di bawah label Skop Productions.

Serina juga turut mewarisi bakat ayahnya iaitu chef selebriti Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang petah berkata-kata. Kerana itu, dia sering mewarnai bidang pengacaraan seperti Jalan Jalan Cari Makan Sajian Kontemporari dan Inspirasi Koko.

Kini, dunianya sedikit berbeza. Berkahwin pada awal 2009 pada usia 26 tahun, perkahwinan Serina digelar sebagai ‘Wedding of The Year’. Memilih jejaka mat salih bernama Gavin Edward O’luanaigh @ Salahudin Ghafar, kini bahtera mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang sungguh comel.

Serina antara ‘hot mama’ di kalangan artis tempatan. Semakin cantik biarpun sudah punya anak. Di celah-celah kesibukan menguruskan anak, Serina sebenarnya masih aktif dalam bidang seni. Namun, itu bukan alasan untuknya mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu.

Kehadiran Tristen Tareef melengkapkan kebahagiaan Serina dan suaminya. Setelah 10 bulan bergelar ibu, serba-serbi dilakukan sendiri dengan bantuan pembantu dan juga ibunya. Serina mahu Tristen membesar di depan matanya sendiri.

“Saya memang nekad dari dulu lagi, saya mahu jaga anak saya sendiri. Saya mahu rasa kepayahan seorang ibu. Inilah detik berharga dalam diri saya sebagai seorang ibu.

“Saya sentiasa belajar untuk menjadi ibu terbaik buat anak saya. Saat dia baru merangkak, berdiri dan kini sudah berjalan, inilah momen indah dalam hidup saya sekarang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: