|
|
WASHINGTON - Gelombang panas yang boleh menjejaskan pernafasan melanda kawasan tengah dan timur Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Cuaca panas itu menyebabkan sebahagian penduduk mencari lokasi untuk menyejukkan badan.
Seramai 22 orang sudah meninggal dunia akibat cuaca panas itu.
"Gelombang panas yang berbahaya itu berterusan di kebanyakan kawasan tengah dan timur AS dengan haba keterlaluan dan lembap dijangka meliputi Lembah Ohio dan negeri-negeri di pantai timur penghujung minggu ini," kata Perkhidmatan Cuaca Panas Kebangsaan.
Akhbar New York Times melaporkan seramai 22 orang mati kerana cuaca panas.
Kira-kira 17 negeri berdepan suhu melebihi 37 darjah Celsius.
Perkhidmatan kajian cuaca telah mengeluarkan amaran panas di negeri-negeri tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: