|
|
DENVER, Amerika Syarikat - Sebuah lubang digali di dinding bawah tanah sebuah rumah di daerah Elbert, Colorado untuk menyelamatkan seekor kuda yang terperangkap di dalamnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Beberapa pekerja pembinaan dan jabatan bomba mengambil masa selama empat jam untuk membawa keluar haiwan itu pada Isnin lalu.
Lubang itu digali dengan menggunakan sebuah jentolak bagi membolehkan haiwan tersebut keluar menerusi sebuah tingkap.
Kuda itu terperangkap selepas ia terjatuh dari sebuah lubang yang menyambungkan ke tingkat bawah tanah tersebut.
Seorang doktor haiwan dipanggil untuk memberi ubat pelali ke atas kuda tersebut selepas ia didapati mengalami luka kecil akibat terjatuh.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: