Friday, July 22, 2011

Dapat hidayah selepas umrah

ANGGUN...bergaya dengan gaun rekaan Ezuwan.
ANGGUN...bergaya dengan gaun rekaan Ezuwan.

RESAM manusia, setiap tindakan atau perkara baik sering disalah erti masyarakat walaupun pada dasarnya niat melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Barang kali itulah yang dilalui pelakon dan pengacara Irma Hasmie Ibrahim, 29, selepas tampil dengan imej bertudung. Irma berimej sedemikian selepas pulang menunaikan umrah sejak 28 Februari lalu.

  • Foto

    IRMA...hatinya terbuka untuk menutup aurat.

  • Foto

    IRMA...bakal muncul dalam drama Kasih Aliya di TV3 Ramadan nanti.

Irma berharap perubahannya itu tidak disalah erti segelintir masyarakat.
Begitupun, pembabitannya dalam bidang seni tidak lari daripada promosi dan pelbagai aktiviti membuatkan dia sering mendapat perhatian.

Kesannya, timbul pelbagai kata-kata sinis mengenai imej dibawa. Ada yang menganggap tindakannya itu disebabkan putus cinta dan ada pula beranggapan dirinya menagih simpati serta mencari publisiti.Biar apapun tanggapan masyarakat, Irma tabah mengharungi dugaan dan tetap dengan pendiriannya.

Tidak sedikitpun berganjak selepas mendapat hidayah bertudung sebaik pulang mengerjakan umrah.

Pengacara program bual bicara Assalamualaikum di TV Alhijrah setiap Sabtu dan Ahad jam 9 pagi ini mengakui perubahan ke arah perkara yang positif dilakukan secara pelahan-lahan tanpa ada paksaan atau pengaruh individu tertentu.

Sejak tampil bertudung, apakah Irma yang pernah dikaitkan dilamun cinta bersama Farid Kamil dan Nabil Ahmad (Raja Lawak) mahu memilih calon suami di kala�ngan orang beriman atau lebih tepat lagi calon seperti peserta Imam Muda?

Walaupun beberapa kali gagal dalam percintaan, Irma memaklumkan dirinya masih belum berpunya.

Tidak ada perasaan serik untuk bercinta lagi sebaliknya akan berhati-hati menyebut soal cinta.

Pastinya impian untuk bergelar isteri tetap ada namun semuanya bergantung kepada jodoh dan pertemuan. Bahkan mengakui dirinya mengimpikan calon suami yang mampu membimbing termasuk mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.

“Tidak dinafikan siapa saja yang bergelar wanita pasti mengimpikan jodoh yang baik. Apatah lagi jika dikurniakan suami yang mempunyai pe�ngetahuan agama yang tinggi. Begitupun, jodoh pertemuan pada Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan.

“Apa yang lebih penting, bagaimana seorang itu mempersembahkan dirinya sebagai khalifah. Memang saya meng�impikan bakal suami seorang yang bertanggungjawab, penyayang, boleh membimbing dan beri didikan agama,” katanya.

Irma yang dikenali dengan sikapnya yang ramah dan tidak suka menyembunyikan berita gembira membabitkan dirinya berjanji untuk berkongsi berita baik itu apabila tiba masanya nanti.

Berbicara mengenai per�kembangan seni, gadis yang pernah membintangi filem Cinta Fotokopi dan Main-Main Cinta selepas dilamar Metrowealth International Group (MIG) pada 2004, bersyukur kerana rezeki dalam dunia seni sentiasa ada.

Gadis yang sentiasa manis dengan senyuman, baru saja selesai menjalani penggambaran drama Psikik untuk siaran RTM dan Kasih Aliya (TV3) sempena Ramadan.

Irma yang mula menceburi bidang lakonan selepas menjuarai Gadis Jelita 2004 bersyukur kerana tawaran berlakon terus ada sesuai dengan penampilannya kini.

Akui Irma, tiada pula yang cuba memperlekehkan penampilannya itu dengan tawaran berlakon dengan membuka tudung.

Irma yang juga menjadi duta produk kesihatan Walit Gold turut menceburi bidang perniagaan dengan menjual jubah secara online bersama rakan kongsi yang juga pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.

Perniagaan yang dimulakan sejak dua bulan lalu itu mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan.

“Idea memulakan perniagaan berkenaan datang secara spontan ketika berbual pada satu hari sehingga saya dan Ezuwan nekad mahu memulakan perniagaan ini.

“Alhamdulillah, kami mendapat maklum balas yang baik daripada pelanggan dan peminat.

“Jubah yang ditawarkan pada harga yang berpatutan dengan rekaan dihasilkan menerusi perbincangan kami bersama. Fabrik yang berkualiti dan lebih ringan.
Buat masa ini, kami belum memikirkan untuk membuka kedai begitupun memang ada perancangan untuk memperbesarkan perniagaan ini.

“Ia adalah sebagai percubaan awal saya menceburi perniagaan pakaian. Kami akan melihat pada sambutan terlebih dulu. Memang saya tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan namun saya seronok,” katanya.

Irma berpakaian anggun rekaan Ezuwan Ismail ketika hadir bersama lebih 30 selebriti di majlis The Blue Kebaya Showcase anjuran Rafflesia The Pearl Centre, baru-baru ini.

Katanya, mereka yang ingin membeli jubah dengan pilihan sembilan warna yang ditawarkan pada harga RM599 boleh membuat pesanan menerusi laman web www.ezuwanismail.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: