Thursday, July 28, 2011

Colgate prihatin, usaha kumpul dana RM150,000



Colgate Palmolive Marketing Sdn Bhd (Colgate), berhasrat: kumpul RM150,000 untuk disalurkan kepada 15 rumah anak yatim seluruh negara:, termasuk Sabah dan Sarawak, sempena kedata-ngan Ramadan dengan me-ngadakan Kempen Mari Beramal Bersama Colgate untuk kali keempat.

Pengarah urusannya, Issam Bachaalani berkata, program itu bukan sahaja mengukuhkan jenama Colgate-Palmolive sebagai barang keperluan harian kegunaan ramai, tetapi turut membantu golongan memerlukan meringankan beban.

“Colgate berhasrat meningkatkan lagi sasaran sumbangan pada tahun ini kerana percaya kepada perubahan yang mampu dicapai menerusi sumbangan itu kepada kehidupan kanak-kanak berkenaan.

“Sasaran pada tahun ini mungkin agak mencabar, namun kami yakin dapat mencapainya memandangkan sifat pemurah rakyat Malaysia,” katanya.

Pelancaran kempen itu dirasmikan: Timbalan Ketua Setiausaha Strategik Kementerian Pembangunan Wa-nita Keluarga dan Masya-rakat, Harjeet Singh, dan Pengarah Pembangunan Komuniti, Jabatan: Kebaji-kan Masyarakat (JKM) Malaysia, Wan Noraidah Wan Mohd Zain.

Hampir 300 kanak-kanak dan wakil rumah kebajikan seluruh :negara hadir pada majlis pelancaran berkenaan.

Menurutnya, kempen itu adalah antara cara Colgate menyumbang kepada komuniti untuk membantu kebajikan kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Dengan hanya membeli ubat gigi Colgate, pengguna secara tidak langsung menderma terus kepada golongan memerlukan,” katanya.

Colgate berjaya mengutip RM386,000 melalui tiga kempen diadakan sejak 2008.

Sepanjang kempen tahun lalu, Colgate berjaya mengumpul RM200,000, melebihi sasaran asal RM120,000 untuk: didermakan kepada 12 rumah anak yatim dan hasil sumbangan: itu diserahkan kepada: JKM Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: