|
|
UNGKAPAN rambut ialah mahkota wanita cukup sinonim apabila membicarakan penjagaan rambut, rambut yang cantik dan sihat antara aset penting penampilan tidak kira ia bertudung mahupun tidak.
Selain memastikan rutin rawatan seperti syampu dan perapi lengkap, penggunaan sikat juga perlu dititikberatkan.
Acca Kappa misalnya, mengenengahkan barangan mewah berasaskan penjagaan kulit khususnya sikat berkualiti tinggi. Sikat keluaran Acca Kappa dihasilkan tanpa sebarang penggunaan mesin berteknologi tinggi.
Produk ini menggunakan berus-berus yang terpilih untuk dijadikan sikat. Bukan setakat itu, ia digunakan untuk mendandan rambut, dan sekali gus berfungsi untuk mengurut kepala.
Menurut pemilik salon pendandan rambut The Belfry, Matthew Mack, menggunakan sikat Acca Kappa, rambut bukan sahaja mudah diurus tetapi boleh mengurangkan keguguran.
Menyediakan tiga siri sikat, masing-masing mempunyai kualiti dan kelebihan tersendiri dalam membantu penjagaan rambut dan kepala yang sihat.
Misalnya, Protection Brush sesuai untuk semua jenis rambut yang didatangkan khas dalam bentuk leper menjadikannya mudah digunakan.
Round Wooden Thermic Brush pula sesuai digunakan bersama pengering rambut untuk menjadikan rambut lebih berombak dan kelihatan anggun.
Menggunakan kayu sebagai pemegang menjadikan sikat ini lebih lama bertahan.
Manakala Acca Kappa Pneumatic Brush pula digunakan untuk rambut panjang dan sederhana.
Sikat yang berbentuk empat segi berfungsi menyikat sambil mengurut kulit kepala - secara tidak langsung ia meredakan tekanan kepala.
Penggunaan sikat kayu juga dipercayai dapat menyelesaikan hampir 90 peratus masalah rekahan pada hujung rambut, rambut putus dan tidak memberi tekanan kepada kulit kepala. Ia juga dilabel sebagai rahsia kecantikan yang telah wujud sejak berkurun lamanya.
Dalam pada itu, Acca Kappa diibaratkan legenda produk kecantikan mewah Itali sejak tahun 1869.
Pada awal perniagaan, Acca Kappa lebih tertumpu pada pengeluaran kepelbagaian jenis berus yang diperbuat daripada kayu klasik.
Mereka kemudian menembusi pasaran kecantikan dengan mengeluarkan sabun, kolagen, gel mandian, pelembap, krim cukur dan gel pencuci tangan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: