Lelaki ditemui berdua-duaan dengan isteri orang dalam bilik hotel murah
ALOR SETAR: Seorang ustaz berusia 39 tahun dicekup berkhalwat dengan seorang wanita yang juga isteri orang di sebuah hotel murah di Taman Teja, Changlun, dekat sini, tengah hari kelmarin.Lelaki itu ditahan sepasukan anggota Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu ketika ditemui bersekedudukan dalam sebuah bilik hotel itu kira-kira jam 1 tengah hari bersama wanita terbabit yang berusia 36 tahun.Serbuan itu turut dibantu sepasukan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di kawasan perumahan itu selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan maksiat pasangan terbabit di hotel murah terbabit.
Difahamkan, lelaki itu sudah mempunyai isteri dan mempunyai lima anak yang masih kecil, manakala pasangannya mempunyai suami serta seorang anak.
Sumber berkata, ketika serbuan itu, pintu bilik hotel berkenaan dibuka seorang lelaki yang lengkap berpakaian dan dia terkejut apabila melihat kehadiran anggota penguatkuasa pejabat agama dan RELA serta membenarkan pemeriksaan dilakukan.
Katanya, hasil pemeriksaan itu, pihak berkuasa menemui seorang wanita yang berpakaian lengkap bersembunyi di bilik air dalam keadaan ketakutan.
“Ketika disoal siasat pasangan itu mengaku mereka hanya kawan biasa dan tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.
“Berikutan itu, pasangan terbabit dibawa ke Balai Polis Changlun untuk dibuat laporan tangkapan,” kata sumber itu.
Sumber itu menambah, ketika disoal siasat lelaki itu enggan mengakui dia seorang ustaz, sebaliknya mendakwa bekerja sebagai petani dan jabatan agama sedang menyiasat lokasi ustaz terbabit mengajar.
Anggota penguatkuasa turut menemui ketayap yang dipercayai milik ustaz berkenaan yang disorokkan di bawah bantal dalam bilik hotel itu.
Siasatan juga mendapati mereka tinggal di kampung yang sama di Kuala Kedah.
Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat agama daerah untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana disyaki berkhalwat.
janganlah jadi ustaz lau prangai cam setan!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletedunia dah nak akhir zaman....
ReplyDeletesarifah yusof seorang isteri derhaka... setelah diberi kebebasan oleh suami menyertai jualan lansung HERBALIFE.... wanita ini jadi SHOCK CULTURE.
ReplyDeleteMENJADI SOMBONG ANGKOH DAN BONGKAK. lebih lebih lagi bila dah berkenalan dengan ramai orang. dah pandai simpan kekasih gelap.kalau zaman P Ramlee , si suami yang tipu suami... tapi zaman sekarang Isteri tipu suami lebih hebat lagi siap atur strategi bersama teman lelakinya utk menghapuskan suaminya... pulun semua duit dan harta suami... sebagai lelaki yg telah beristeri akan merasa malu sekiranya keluar dating dgn teman wanita.. malu juga jika terserempak dengan rakan rakan, jiran atau org yang dikenali... tetapi wanita ini tanpa segan silu keluar datang atau tayang kononnya dia sorang aja ada kekasih ... keluar masuk bilik hotel menjadi perkara biasa ( tidak takut lansung hukum Allah ) lupa anak anak dirumah.... macam ini kah sikap wanita atau betina di dunia akhir zaman ? wAllah hu alam... kalau kita ingat lagi kisah semerah padi .. betina seperti ini akan DISULA SAMPAI MATI . bermakna Allah pun tidak mahu betina seperti ini hidup di bumi milik nya.. zaman sekarang tidak lagi... malah menjadi trend dan kebanggaan bagi segelintir kecil kumpulan para isteri sepertinya... juga rakan rakan HERBALIFE NYA.....
tu la isteri bangsat namanya.....haruskah kaum wanita di pandang sebagai kaum yang lemah lagi??
ReplyDeleteharus dilindungi??bolehkah kita mempercayai ustaz2 yang hanya pandai berhujah dengan muka dan pandangan sinis mereka memandang ke arah kita seolah-olah kita ni banyk sangt dosa??apakah mereka ini tidak berdosa???siapakah mereka untuk menilai kita??layakkah??ada ka surat perakuan yang membenarkan mereka menilai kita??""BAGI SAYA,YANG LAYAK MENILAI HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERHAK ATAS SEGALANYA....
Pengasas majalah Playboy, Hugh Hefner berkata
ReplyDelete"Lebih mudah untuk menjaga tujuh kekasih berbanding seorang isteri,"...
Kuala Terengganu 11 Jun.Seorang ibu kepada tiga anak ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di rumah nya di Kampung Tok Hakim, Padang Miden, di sini tengah malam tadi.
ReplyDeleteWanita berusia 31 tahun itu yang juga seorang peniaga jualan lansung Herbalife ditahan bersama seorang lelaki ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu (JAIT) di sebuah rumah di kampung berkenaan.
Ketika serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam itu, wanita berkenaan mengambil masa hampir setengah jam untuk membuka pintu rumah dan hasil pemeriksaan tidak menemui mana-mana lelaki.
Namun curiga melihat wanita itu, petugas JAIT memasuki rumah kosong di sebelahnya melalui pintu dapur dan menemui seorang lelaki berusia 31 tahun yang sedang bersembunyi dengan memegang kasut dan topi keledar.
Malah lelaki yang bekerja di sebuah syarikat francais dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak sanggup memanjat pagar dari rumah wanita terbabit ke rumah kosong tersebut untuk bersembunyi.
Dalam pada itu, suami wanita terbabit yang tidak ingin dikenali sebagai memanjatkan kesyukuran kepada Allah sejurus tiba di rumah tersebut.
Katanya, dia bersyukur kerana teka-teki yang bermain di fikirannya berhubung kecurangan isterinya itu akhirnya telah terjawab.
”Selepas setahun memikirkan kesahihan kecurangan isteri saya, hari ini saya bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepada saya.
”Saya percaya lelaki yang ditahan itu merupakan penyebab kepada proses penceraian kami yang masih belum tamat ketika ini,” ujarnya.
Katanya, dia terkilan kerana usaha kerasnya untuk menjadikan isterinya seorang usahawan berjaya sehingga pernah menghiasi majalah tempatan suatu ketika dahulu tidak dihargai oleh wanita berkenaan.
Jelasnya, hasil pernikahannya dengan wanita itu, mereka telah dikurniakan dua anak perempuan serta seoranglelaki
Sementara itu, Pengarah JAIT, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika dihubungi mengesahkan penangkapan berkenaan.