|
|
CHENGDU - Seorang lelaki China, Huang Kaiquan cuba memperbaharui rekod Guinness untuk menjadi manusia paling pendek di dunia dengan ketinggian 76 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berusia 40 tahun itu memiliki berat 12 kilogram dan kini menetap bersama ibunya, Cheng Fuxiu, 58, di Hejiang, wilayah Sichuan.
Rekod dunia masih dipegang oleh He Pingping yang juga rakyat China dan berasal dari Ulanqab, Inner Mongolia dengan ketinggian 74 sentimeter.
Namun, He Pingping meninggal dunia pada 13 Mac lalu semasa berusia 21 tahun.
Huang yang bersara daripada kerjaya lakonan ketika berusia 30 tahun setelah jatuh sakit berkata, ramai orang menyangka dia seorang kanak-kanak kerana ibunya kerap mendukungnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: