Saturday, July 31, 2010

Wanita terlepas hukuman mati


ROSNIZA (tengah) menangis sambil memeluk saudaranya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan seorang wanita yang didapati tidak bersalah atas tuduhan menjerut leher dua orang anaknya hingga mati supaya menjalani rawatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama perkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Mohd. Yassin membuat keputusan itu pada akhir perbicaraan kes setelah mendapati tertuduh Rosniza Ibrahim, 32, menghidap penyakit kemurungan serius dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika melakukan perbuatan itu.

"Memang tertuduh yang melakukan perbuatan itu (jerut leher anak hingga mati) tetapi mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah atas alasan ketidakupayaan mental.

"Tertuduh juga telah berada dalam keadaan kemurungan serius untuk tempoh 2000 hingga 2007 kerana masalah rumah tangga dan suami yang mahu berkahwin lain," katanya ketika membacakan penghakiman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: