Friday, July 30, 2010

Luna Maya digoda di ibu pejabat polis


LUNA MAYA


JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya yang menjadi suspek dalam skandal video seks melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel digoda oleh beberapa orang yang berada di sebuah ibu pejabat polis di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa orang itu mengerumuni belakang pagar ibu pejabat polis tersebut selepas mereka mendengar kehadiran Luna Maya.

Luna Maya yang merupakan kekasih Ariel itu keluar dari pintu belakang pejabat polis itu pada pukul 5.15 petang waktu tempatan.

"Luna. Luna! Apa kabar? Kok kamu cantik banget (sangat)," kata beberapa orang itu.

Mendengar namanya dipanggil, Luna Maya hanya menoleh dan tersenyum malu-malu sambil cuba menutup wajahnya dengan selendang berwarna ungu.

Selebriti itu cuma diam tanpa memberikan sebarang reaksi semasa ditanya sama ada dia sempat bertemu dengan kekasihnya yang kini ditahan di ibu pejabat berkenaan berhubung kes video tersebut.

Dia turut diam semasa ditanya mengenai keadaan kesihatannya.

Luna Maya meninggalkan ibu pejabat itu dengan menaiki sebuah kereta Honda CRV.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: