Saturday, July 31, 2010

Sylvester Stallone Tukar Nama 'Sly-Enstein'

Sylvester Stallone bercakap tentang filem The Expendables di Comic Con, San Diego, California pada 22 Julai lalu.

BINTANG Hollywood Sylvester Stallone telah menukar namanya kepada 'Sly-Enstein' selepas menjalani pembedahan leher.

Bintang berusia 64 tahun itu menjalani pembedahan selepas terlibat dalam satu kemalangan sewaktu selesai menjalani sesi penggambaran filem Expendables.

"Saya mungkin lumpuh. Leher saya sekarang telah dirawat semula," kata Stallone kepada media.

"Sekarang terdapat nat dan skru pada leher saya. Saya seperti Sly-Enstein," tambahnya.

Stallone pernah memberitahu bahawa dia tidak senang dengan cara kekerasan digambarkan dalam banyak filem hari ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: