Thursday, July 29, 2010

Kontemporari sepanjang zaman


Kaftan potongan baru yang diikat di belakang bahagian dalam baju mengikut potongan badan si pemakai.


KOLEKSI pakaian yang sedia untuk dipakai, mudah, ringkas, selesa dan menarik menjadi inspirasi kepada pereka muda, Amir Mirza dalam penghasilan koleksi terbarunya.

Berkongsi perniagaan butik pakaian ini bersama-sama teman baiknya, Alfhade, sentuhan idea Amir ternyata begitu memikat dan menepati kehendak wanita kini yang mahukan gaya yang ringkas namun tetap nampak menawan.

Koleksi yang sesuai untuk sebarang acara seperti ke majlis perkahwinan, majlis malam, pertunangan, berkunjung ke rumah saudara-mara dan teman-teman, Amir dan Alfhade tetap memilih rekaan seperti kurung moden, kurung pesak Pahang dan kaftan kerana rekaan-rekaan seperti ini adalah kontemporari dan sesuai sepanjang zaman.

Jelas Amir yang juga pereka Amir Mirza Couture, rekaan yang kontemporari lebih digemari pelanggan kerana bagi mereka tidak rugi membeli walaupun harganya lebih sedikit asalkan cantik dan boleh dipakai lama.

Justeru selain potongan baju itu sendiri, Amir memberi penekanan pada jenis fabrik yang digunakan. Fabrik yang cantik, bermutu dan mahal pasti menjanjikan baju yang cantik juga.

Bagi Amir, fabrik yang cantik tidak memerlukan rekaan yang rumit bagi menghasilkan sehelai baju yang cantik. Cukup dengan potongan yang ringkas dan hiasi dengan manik pelbagai saiz, kristal atau sulaman.

Di antara jenis fabrik yang menjadi pilihan beliau ialah syifon, sutera satin, sutera Shantung, satin liquid dan renda.

Tambahnya, keistimewaan fabrik ini ialah tekstur kain yang cantik dan halus menjadikan si pemakai nampak cantik dengan berat kain membuatkannya mengikut potongan badan di pemakai.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: