Saturday, July 31, 2010

Kempen Mahligai Impian Penuhi Hasrat Golongan Kurang Bernasib Baik

SETIAP pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang sempurna.

Sementara ramai di antara kita yang mengimpikan perkahwinan idaman, namun bagi sesetengah golongan yang menghidap penyakit kanser, impian mereka hanya tinggal impian yang tidak mungkin dapat dicapai.

Atas dasar keprihatinan dan sebahagian daripada tanggungjawab sosialnya, TV3 telah bekerjasama dengan Association of Wedding Professionals (AWP) Malaysia untuk merealisasikan impian mereka melalui Kempen Mahligai Impian.

Setiap tahun, kes pesakit yang disahkan kritikal kian meningkat iaitu lebih dari 70,000 pesakit disahkan menghidap kanser tahap kritikal di Malaysia.

Bagi mereka yang tabah menghadapi dugaan tersebut, mereka terpaksa melupakan impian untuk mengadakan majlis perkahwinan idaman.

Bahkan ada sesetengah orang akan menyepikan diri kerana enggan membebankan orang yang tercinta.

Namun, cinta yang mendalam akan memberikan kekuatan kepada mereka untuk menghadapi segala dugaan bersama pasangan yang menghidapi penyakit penyakit yang kritikal.

Realisasikan Mahligai Impian anda melalui Kempen Mahligai Impian yang terbuka kepada individu berumur 20 tahun ke atas dengan syarat salah seorang pasangan mereka mengidap penyakit kritikal ataupun cacat anggota.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, TV3 terharu dengan inisiatif AWP bagi merealisikan impian perkahwinan penghidap pesakit kanser atau penyakit kritikal dan cacat anggota.

“Semangat kental mereka dalam memperjuangkan kehidupan seharusnya menjadi iktibar kepada kami supaya tidak mudah berputus asa," katanya

Hanya satu pasangan yang akan terpilih untuk memenangi pakej perkahwinan yang bernilai melebihi RM 150,000.

Borang penyertaan boleh dimuat turun melalui halaman web www.wanitatv3.com.my.

Anda perlu meluahkan impian perkahwinan berbentuk esei atau pictorial kreatif dalam maksimum 300 patah perkataan.

Sila sertakan gambar anda dan pasangan berukuran 4R. Lampirkan sekali salinan surat pengesahan doktor yang mengesahkan keadaan kesihatan. Hantarkan penyertaan anda sebelum 30 Ogos 2010 ke alamat Mahligai Impian TV3, P.O Box 11543, 50748, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: