"Awal plan nak kahwin waktu umur 30 tahun. Sebetulnya Awal tak mahu terburu-buru sebab hubungan dengan Scha baru berusia 10 bulan. Tapi tak mahulah terlalu lambat sangat. Kami ada berbincang mengenainya untuk pastikan kedua-dua pihak mahukan perkara yang sama.
"Yang penting sekarang ni, keluarga merestui hubungan ini dan kami mahukan hubungan tersebut terus kekal. Tapi yang penting kami tak tetapkan bila akan berkahwin tapi Awal memang tak sabar nak kahwin," gurau Awal. Bekerja bersama kekasih bukanlah perkara yang mudah bagi Awal. Tekanan kerja dan persekitaran mungkin antara faktor yang bakal mengeruhkan hubungan mereka.
"Pertama kali bergandingan dengan Scha dalam Prebet Jamilah dan rasa seperti ada tekanan dalam hubungan kami. Mungkin ini drama last kami akan berlakon bersama sebab dua-dua stress sampai kami tak bercakap antara satu sama lain. Awal sayangkan hubungan ini dan tak mahu risikokannya.
"Kalau berlakon dengan artis lain dan ada kesilapan, Awal tak keberatan nak tegur. Tapi bila dengan kekasih hati, risau juga kalau dia terasa hati. Kadang kadang nak bergurau pun malu sebab takut nanti apa orang kata. Bagi Awal, bekerja sekali memang sesuatu yang sukar dan agak kekok," tambah jurucakap rasmi Kad Dot Red, Red Box ini.
Tiada Masalah Dengan Alibi Music
Biarpun masalah demi masalah menimpa Alibi Music Sdn Bhd, namun Awal menjelaskan perkara tersebut tidak sedikitpun menjejaskan kepercayaannya kepada syarikat rakaman tersebut. Bakal muncul dengan single terbaru berjudul Memori, Awal yakin lagu ciptaan sepenuhnya oleh Lah Ahmad ini akan memikat pendengar muzik. Disebabkan Awal menyanyikan lagu ciptaan Lah juga, timbul khabar menyatakan jejaka berbintang Leo ini tiada identiti sendiri.
"Setakat ini Awal puas hati dengan produk yang dikeluarkan. Maybe setengah artis tak paham situasi syarikat rakaman sebab mereka mempunyai banyak artis untuk diuruskan dan mereka mempunyai strategi tersendiri untuk keluarkan produk mana yang dirasakan sesuai, tambahan pula, Alibi masih baru. Macam Awal sendiri, tak terasa menunggu sebab Awal punya banyak tugas untuk dilakukan dan sedar-sedar mereka hubungi untuk siapkan projek single.
"Orang asyik cakap menyanyi adalah kerja yang senang namun sebenarnya ia lebih susah dari lakonan sebab perlukan penghayatan yang lebih di dalamnya. Mengacara lebih mudah bagi Awal.
"Berbalik kepada persoalan mengenai identiti, Awal akui suara Lah sangat istimewa dan sedap didengar. Dan Awal sendiri ada niat untuk menjadi sepertinya. Dan bila Lah yang cipta lagu untuk Awal, secara tak langsung lenggok suara Awal terikut-ikut nyanyian Lah sebab dia menyanyikan lagu itu untuk diperdengarkan pada mulanya," katanya ketika ditemui pada Majlis Previu Hidangan Berbuka Puasa Red Box Ria di Sogo. |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: