|
|
MENEPATI kesemua ciri-ciri model yang diperlukan, juri pertandingan akhir Pencarian Model Estee Lauder 2010 membawa tuah kepada dua pesertanya, Natacha Meunier, 25, dan Jasmine Ngee Phay Koon, 34, yang dinobatkan sebagai pemenang utama pertandingan itu.
Natacha dan Jasmine masing-masing memenangi pertandingan tahun keempat yang dianjurkan Estee Lauder itu bagi Kategori A untuk usia 29 tahun ke bawah dan Kategori B untuk 30 umur tahun ke atas.
Mereka yang tampil bergaya dengan dua persalinan kostum dan bijak mengatur bicara menjawab soalan diajukan pengacara pertandingan, mengalahkan sembilan peserta lain bagi kategori masing-masing.
Dengan kemenangan itu, Natacha dan Jasmine membawa pulang gelaran Duta Jenama Estee Lauder Malaysia dan hadiah lumayan berjumlah lebih RM50,000 termasuk sesi fotografi dan melancong ke Australia selama enam hari lima malam bersama Canon.
Selain itu, wajah mereka bakal disiarkan dalam majalah.
Kedua-duanya turut menerima barangan Estee Lauder bernilai RM1,000, baucer membeli-belah Eclipse (RM1,500), portfolio model (RM2,000), kamera Digital Ixus 200IS Canon (RM1,398) dan perkhidmatan dandanan rambutan di Miko Hair Studio (RM1,000).
Bagi peserta lain, mereka menerima hamper Estee Lauder berjumlah RM1,000 setiap seorang.
Pengurus Perhubungan Awam Estee Lauder, Yap Mei Fong berkata, Estee Lauder menerima 4,000 penyertaan.
"Selepas 12 minggu pencarian dianjurkan, kami menerima lebih 5,000 undi secara dalam talian daripada orang ramai untuk memilih peserta paling layak memenangi gelaran itu bagi setiap kategori.
"Hasil undian orang ramai turut dijadikan panduan untuk kami memilih 20 peserta akhir pertandingan yang mana 10 untuk Kategori A dan 10 bagi kategori B.
"Akhirnya Natacha dan Jasmine dipilih sebagai pemenang kerana mereka memiliki ciri-ciri yang diperlukan juri iaitu berwajah jelita, fotogenik, kemahiran berkomunikasi, gaya, bentuk tubuh dan berkeyakinan," katanya.
Beliau berkata demikian sempena pertandingan akhir Pencarian Model Estee Lauder 2010 di Concourse, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Sembilan orang juri bertindak mengadili pertandingan akhir berkenaan iaitu Pengurus Besar Jenama Estee Lauder Malaysia, Katrina Liew, Pengasas agensi peragaan Andrew's Models, Andrew Tan, Pereka Fesyen Selebriti, Weechee, model dan pelakon popular, Steve Yap, Pakar Kreatif Jenama Fesyen Eclipse, Sonny San.
Juri lain, Model Wanita Tahun 2009 Malaysia International Fashion Alliance (MIFA), pengasas dan pakar rekaan dandanan rambut Miko Hair Studio & Academy, Miko, Pengurus Besar SEA & Gulf Countries Pelancongan Australia Selatan, Maggie White dan Penolong Pengarah Bahagian Produk Komunikasi Imej Canon, Simon Wong.
Mei Fong berkata, sebagai persediaan pertandingan itu sebelum ini, setiap peserta diberikan latihan pentas peragaan dan modeling selama satu hari oleh Andrew's Models.
"Setiap peserta diajar bagaimana cara berjalan yang betul sebagai seorang model, memperbaiki postur badan, keyakinan dan gaya sebelum menyertai pertandingan akhir.
"Kesemua peserta akhir turut menggayakan koleksi terbaru keluaran Eclipse yang direka secara eksklusif oleh Sonny San untuk pertandingan akhir berkenaan.
"Tema pakaian peserta itu adalah ceria tetapi sofistikated yang mana ia lebih bergaya dan sesuai dipakai wanita ketika keluar berhibur," ujarnya.
Pada pertandinga itu, empat peserta lain dipilih memenangi hadiah sampingan iaitu Jenna Gong Jia Yi untuk gelaran Paling Sempurna Bergambar Estee Lauder-Sony, Jennifer So (Paling Elegan Estee Lauder-Eclipse), Nur Syuda Rifin (Anna) (Paling Berjaya Pentas Peragaan Estee Lauder-Andrewsmodels) dan Natacha (Duta Rambut Miko Estee Lauder).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: