Saturday, July 31, 2010

Air Empangan Chereh dilepaskan Selasa ini elak banjir


PARAS air di Empangan Chereh, Sungai Lembing dekat Kuantan terpaksa diturunkan bagi mengelakkan banjir pada musim tengkujuh. - Gambar hiasan


KUANTAN - Sebanyak 475 juta liter air sehari akan dilepaskan dari Empangan Chereh, Sungai Lembing dekat sini bermula Selasa ini sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail berkata, proses selama dua bulan itu bertujuan menjamin keselamatan empangan tersebut ketika musim tengkujuh yang dijangka di antara Ogos hingga Disember ini serta untuk mengelakkan banjir.

Beliau berkata, paras air empangan itu kini yang telah mencecah 74 meter perlu diturunkan kepada 70 meter.

"Tindakan ini bagi memastikan empangan berkenaan mempunyai ruang bagi menampung pertambahan kapasiti air hujan pada musim tengkujuh," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: